Powered by Blogger.
RSS

DID MARY KAY CHANGED ME??


             
WAJAH SY SBLUM B'MARY KAY'- keadaan kulit yg x bmaya & kusam



 4 BULAN SETELAH B'MARY KAY
masalah jerawat mula pulih 30%, myk bkurangan, lbih seimbang & kulit  nmpk moist 









6 BULAN SELEPAS B'MARY KAY
cuma tmbh sedikit color,kulit klihatan bseri









 11 BULAN SELEPAS B'MARY KAY'
 kulit nmpk lbih moist walaupn x apply apa2..& x kusam lg!yey!










 LBIH BERKEYAKINAN & CERIA




NOW I'M ONE OF MARY KAY SISTERHOOD:)..












.....IT'S 'NEW' ME:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MARY KAY KEEPS ON CHANGING LIVES..


Dulu Pengurus Bank, Nafisah Kini Pengarah Kanan Jualan Mary Kay
Nafisah Omar bersama Pengurus Mary Kay Asia, Madam Rose Adam pada majlis penyampaian kunci kereta 'Unit Pink Car' Mary Kay di Hotel Armada hari ini. Foto Ehsan Mary Kay
TANPA impian mimpi tidak akan menjadi kenyataan, ungkapan itu menjadi azimat bagi ibu kepada tiga cahaya mata, Nafisah Omar, 45.
Berpegang atas prinsip berkenaan, bekas pengurus bank sebuah institusi kewangan di negara ini sudah boleh tersenyum bangga apabila kerja kerasnya dalam bidang ‘multi level marketing’ kini membuahkan hasil.
Setelah dua tahun menceburi bidang perniagaan itu, beliau dihadiahkan sebuah kereta Toyota Altis Edisi Istimewa, Unit Pink Car selepas beliau mencapai tahap Pengarah Kanan Jualan Mary Kay.
 Nafisah Omar bersama-sama ahli unitnya ketika sesi bergambar.
Jika dibandingkan 13 tahun yang lalu, ketika dia bergelar pengurus bank pendapatannya sekitar RM 10, 0000 sebulan kini selepas dua tahun setengah menyertai Mary Kay dia sudah boleh tersenyum bangga dengan pendapatan mencecah RM 50, 000 sebulan.
Namun kejayaan itu bukan datang bergolek di depan mata, bagi Nafisah tanpa usaha impian itu tidak akan mampu digapai. “Saya percaya kepada impian dan mula memahaminya sejak memakai produk Mary Kay tiga tahun yang lalu.
“Semuanya bermula selepas saya menghadiri ‘Leadership Conference’ pada tahun 2009. Di situlah hati saya mula terbuka untuk menjadikan Mary Kay sebagai mata pencarian utama saya,” katanya ketika berucap pada  majlis penyampaian hadian ‘Unit Car Pink kepada Pengarah Kanan Jualan yang berjaya mencapai sasaran jualan masing-masing.
Nafisah mengakui dia bermula dari bawah namun berkat kesungguhan dan semangat yang dimilikinya beliau berjaya memiliki pendapatan lima angka yang tidak pernah diperolehinya ketika menjadi pengurus bank.
“Bukan mudah untuk saya meletakkan jawatan sebagai pengurus bank dan menceburi bidang perunding kecantikan yang tidak pernah saya fikir sebelum ini.
“Namun orang yang bertanggungjawab membawa saya mengenali Mary Kay, Pengarah Kanan Mary Kay, Nurul Asyikin Sudin berjaya menyakinkan saya untuk mencuba kaedah MLM ini,” katanya.
Beliau berkata, sikap tidak mudah berputus asa dan yakin kepada kemampuan diri sendiri perlu ada dalam setiap perunding kecantikan untuk berjaya dalam bidang ini.
“Bagi saya Mary Kay bukan sekadar menjual barang dan mencari ahli baru sahaja namun ia lebih daripada itu.
“Sifat kekeluargaan yang ada dalam Mary Kay akan membuatkan kita saling bantu membantu antara satu sama lain dalam merealisasikan impian setiap orang,” katanya.
Jelasnya, di Mary Kay tiada apa yang mustahil keran setiap perunding kecantikan diajar dan diberikan latihan mengenai produk sebelum mereka boleh menjualnya kepada ahli baru.
“Saya percaya kepada prinsip kita perlu ada impian besar untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan. Namun impian itu hanya mampu digapai sekiranya kita mempunyai perancangan yang strategik dalam apa jua yang kita lakukan,” katanya.
Beliau mengakui bukan mudah untuk menjual produk dan usaha mendapatkan ahli baru untuk membina sebuah pasukan yang kuat dan rajin seperti yang beliau miliki pada hari ini.
“Masa dan tenaga banyak perlu dikorbankan sepanjang tempoh dua tahun ini. Saya sangat berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang begitu memahami kerja dan cita-cita saya.
“Untuk menjadikan impian itu sebagai kenyataan kita perlu mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang. Dari situ kita bergerak dan mencapai satu persatu matlamat yang ditetapkan,” katanya.
Nafisah berkata, beliau akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang bagi merealisasikan impian ahli-ahli di bawahnya untuk mencapai tahap jualan mereka.
Mary Kay bukanlah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada alat kosmetik semata-mata.
Syarikat yang berasal dari Dallas, Amerika Syarikat ini merupakan produk kecantikan yang menitikberatkan kualiti dan kepuasaan pengguna menjadi perkara utama ia dihasilkan oleh Mary Kay Ash pada tahun 1963.
Kini setelah hampir 46 tahun kewujudannya, Mary Kay masih lagi menjadi produk yang eksklusif yang hanya boleh diperoleh daripada mereka yang menjadi ahlinya sahaja.
Dengan kos permulaan serendah, RM180 anda mampu bergelar jutawan dalam tempoh dua hingga tiga tahun bergantung kepada keupayaan dan tahap kerajinan seseorang ahli itu untuk mencapai tahap jualan tertentu yang ditetapkan.                                                                                              -mStar Online-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MARY KAY FREE SKINCARE CLASS


KEPADA YG BMINAT NK CUBA PRODUK MARY KAY IN MY SKINCARE CLASS SECARA PERCUMA..(u can choose either at ur place@MK Office@JAYA 33 MALL JLN SEMANGAT PJ). I'll provide 4 u..
1)SKIN ANALYZE+CONSULTATION
2)FACIAL
3)HAND & BODY SPA
4)LIP & EYES CARE
5)Basic make-up technique
6)Business sharing in MARY KAY
& NO CHARGE AT ALL!
Bminat,col/sms/fb-inbox/pm/email sy; 0136689648@ niezain_78@yahoo.com to set date/appmt..



LUV,
NIEZA
MARY KAY INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEKILAS PANDANG..RENUNG2KANLAH..

NOTES***sesekali cuba pejam mata bygkn kita dok tgk dlm our wardrobe,mna bju yg kita spend plg mahal cuma utk attend satu event..how much it cost,bpe kali sgt kita dpt pkai..kalo lar duit tu kita invest utk manjakan diri,belai wajah/skincare hari2 result dapat kulit wajah yg sihat,seri..berbaloi kan..?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EVERYTHING'S I DO..I DO IT FOR YOU..MY FAMILY..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Kerja 'main-main mekap' jadi serius

Maselma Masdon (kiri) berganding bahu bersama adiknya, Maselda untuk muncul sebagai pengarah jualan Mary Kay termuda.


SAYA seronok dengan kerjaya saya sekarang. Ia seperti kanak-kanak yang bermain mekap dengan kawan-kawan jujur," kata Maselma Masdon, gadis manis yang ditemui di ibu pejabat Mary Kay, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pun begitu, apabila mendengar pendapatan yang diperoleh daripada 'kerja main-main mekap' itu, penulis kagum dengan kejayaan yang diperoleh oleh Maselma.
Pada usia semuda 27 tahun dan masih solo, dia sudah memperoleh pendapatan mencecah lima angka sedangkan ramai lagi yang sehingga pencen pun tidak mampu untuk mendapat gaji sebanyak yang diperoleh olehnya.
Memegang jawatan sebagai pengarah jualan Mary Kay, sebuah syarikat kosmetik beribu pejabat di Dallas, Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu, Maselma berjaya memperoleh jualan sebanyak AS$800,000 (RM2.8 juta) pada tahun lalu.
Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar bagi seseorang yang baru menyertai syarikat tersebut apatah lagi pada usianya yang masih muda.
Kejayaan Maselma ini memberi dorongan dan semangat kepada adiknya Maselda yang turut menyertai Mary Kay dan memperoleh jualan sebanyak AS$700,000 (RM2.4 juta) tahun lepas.
Kejayaan dua beradik ini menjadikan mereka diiktiraf sebagai pengarah jualan Mary Kay yang termuda di Malaysia. Ini melayakkan setiap seorang daripada mereka untuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis Eksekutif merah jambu bernilai RM112,000 dan merupakan yang termuda di Asia Pasifik yang menerimanya. 
Menurut Maselma, hanya terdapat 30 buah sahaja kereta sedemikian di Malaysia dan mereka merupakan adik beradik pertama dalam Mary Kay yang dianugerahkan kereta tersebut.
Lima tahun menyertai Mary Kay, setiap tahun itu juga dia mendapat pengiktirafan dan menerima pelbagai insentif seperti cincin berlian, percutian percuma ke Bangkok, China, Amerika Syarikat dan Australia.
Dengan pendapatan yang diperoleh juga Maselma berpeluang menunaikan fardu haji dan membawa ibu bapa dan adik beradiknya bercuti setiap tahun ke luar negara.
Berkongsi kejayaannya, Maselma yang berkelulusan Sarjana Akaun dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), pernah bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat audit sebaik menamatkan pengajian.
Bagaimanapun rutin tugas yang sama pada setiap hari, berhadapan dengan angka dan tidak berpeluang bergaul dengan orang lain membuatkan jiwanya resah dan ingin keluar daripada dunia yang mengongkong dirinya.
''Saya inginkan perubahan dan tidak mahu kehidupan muda saya berlalu dengan perasaan tertekan sedangkan gaji yang diperolehi tidak sebanyak mana.
''Falsafah Mary Kay yang mahu memperkaya kehidupan wanita dan mengutamakan Tuhan, keluarga dan karier amat menarik hati saya untuk menyertainya. Kini saya bersyukur kerana selain saya sendiri suka dengan  kerjaya ini, saya juga dapat membantu keluarga serta wanita lain di Malaysia,'' ujar anak kedua daripada enam beradik ini.
Menurut Maselma, tugas-tugas yang diserahkan kepadanya dapat dilakukan dengan baik seperti mengadakan kelas kecantikan dan mengajar wanita yang berminat untuk menjadi cantik, menjaga kecantikan kulit wajah serta cara mekap dan bergaya yang betul.
Maselma juga diberi kepercayaan untuk menjaga jualan di Malaysia dan Singapura dan di antara 10 orang pengarah jualan yang layak membuka pasaran di Singapura.
Mengulas perubahan pada dirinya sendiri sebelum dan selepas menyertai syarikat tersebut, kata Maselma; ''Jika dahulu semasa bekerja dengan syarikat audit saya tidak pandai langsung mengenakan mekap pada wajah mahupun menjaga kebersihan kulit muka namun sekarang setiap hari saya menggunakan lebih 10 langkah penjagaan bagi mendapatkan kulit yang bersih, berseri dan halus.''

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LUV TO PAMPERING URSELF FOR FREE??FEEL FREE TO CALL ME OK :)


***KEPADA SEMUA WANITA DILUAR SANA YG BERMINAT UTK ATTEND OUR SKINCARE CLASS SEPERTI DIATAS,BOLEH MENGHUBUNGI SY NIEZA-0136689648@EMAIL-niezain_78@yahoo.com/ angahnieza@ymail.com untuk temujanji..(MK OFFICE@UR PLACE)
Notes: ALL INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANTS IN MARY KAY ARE WELL-TRAINED N CERTIFIED & WE WILL SERVE U THE BEST K..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS