PETIKAN DARI BERITA HARIAN HARI INI (27/04/09)
Kuasa alam semula jadi
KEAJAIBAN kuasa Tuhan menjadikan alam fana penuh dengan keistimewaan dan keunikannya demi kepentingan umat-Nya. Setiap tumbuhan mahupun buah-buahan yang dicipta mengandungi khasiat tersendiri. Bukan saja menghilangkan lapar dan dahaga malah keunikan khasiatnya juga ternyata baik untuk setiap inci kulit badan.
Oleh itu, kebaikan alam semula jadi dihargai apabila kandungan khasiat pati tumbuhan dikaji sebelum diperkenalkan menerusi produk kecantikan. Buah kekadu, bunga ferula foetida dan biji bunga matahari sering dipandang sebelah mata.
Bahan semula jadi berkenaan dikatakan menjadi ramuan berkesan dan selamat dalam membantu mencegah serta mengatasi masalah nada kulit tidak sekata. Dikaji oleh makmal produk kecantikan jenama Mary Kay, campuran penapai lactobacillus juga dikatakan dapat membantu kulit menjadi lebih berkilau dan berseri seperti yang didambakan setiap wanita.
Manfaat tumbuh-tumbuhan: Kajian dapati bahan daripada bunga, daun dan akar pokok ada antioksidan yang baik untuk kulit
MEMILIKI kulit sekata, itulah penampilan kulit yang impikan setiap wanita di dunia. Warna kulit sekata menjadikan seseorang itu berasa lebih yakin apabila berdepan di khalayak ramai tanpa perlu menyorok daripada lembayung solekan. Namun, semakin usia meningkat kulit akan mengalami kemerosotan dan antara masalah yang lazim berlaku ialah perubahan warna kulit.
Masalah kulit tidak sekata berpunca daripada kesan bintik hitam akibat pancaran matahari yang tidak dibendung. Bintik hitam hitam yang boleh wujud seawal usia 20 tahun, menjadi lebih teruk apabila tiada lapisan perlindungan (SPF) di atas permukaan kulit.
PATI tumbuh-tumbuhan seperti biji bunga matahari, buah kekadu dan bunga ferula mampu menghasilkan produk penjagaan kulit yang berkesan.
Selain pendedahan kulit terhadap matahari, tekanan dalam alam sekitar yang lain juga merangsang kulit menghasilkan melanin tambahan. Melanin ‘mengembara’ ke permukaan kulit, lantas mewujudkan nada kulit tidak sekata.
Masalah itu turut diakui Pengurus Pemasaran jenama kecantikan Mary Kay, Penny Chin, yang menyatakan kulit tidak sekata antara masalah utama wanita Asia. Ini berikutan, iklim Khatulistiwa dengan cuaca panas dan lembap, kebanyakan wanita kurang melindungi kulit dengan cara berkesan.
Katanya, kulit yang tidak dilindungi dengan baik iaitu tanpa menggunakan produk mengandungi SPF akan menghasilkan enzim dan pembentukan melanin sekali gus timbul bintik hitam pada bahagian tertentu.
“Bintik hitam bagaikan musuh kulit kerana ia menyebabkan kulit tampak kusam dan warna tidak sama. Ramai yang tidak mengetahui bahawa krim yang mengandungi satu SPF hanya boleh bertahan selama 20 minit. Misalnya, jika krim pelindung mengandungi 15 SPF, ia hanya dapat bertahan lebih kurang lima jam.
“Apabila tempoh itu berakhir, kita perlu menyapu semula produk mengandungi SPF bagi mengekalkan lapisan pelindung berkenaan. SPF juga semakin berkurang walaupun kita duduk di dalam kawasan pendingin hawa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Penny berkata, untuk memiliki kulit yang kelihatan licin dan berseri bukan terletak pada kuasa bahan kimia semata-mata.
Suntikan bahan kimia ke dalam kulit wajah berpotensi mengakibatkan kesan negatif dan sungguhpun ada kalanya ia menunjukkan kesan yang dikehendaki pada kulit, hakikatnya kejelitaan yang dikecapi bukanlah semula jadi.
Justeru itu, katanya, produk yang mengandungi bahan alam semula jadi berkebolehan mengatasi masalah bintik hitam untuk membantu memperoleh nada kulit sekata. Antaranya ialah buah kekadu. Ia sememangnya sukar dilihat di negara ini kerana ia berasal dari kawasan pedalaman Australia. Buah kekadu mengandungi vitamin C berpotensi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.
“Selain itu, bagi membantu mengurangkan produksi melanin ialah bunga ferula foetida. Ia pula berasal dari Mediterranean. Pati bunga berkenaan didapati mengandungi antioksidan asid ferulik.
“Begitu juga dengan pati biji bunga matahari atau dikenali sebagai Helianthus Annuus. Kaya dengan antioksidan, pati biji bunga matahari itu dikatakan dapat mengurangkan pembentukan melanin yang membawa kesan bintik hitam,” katanya.
Penny berkata, kajian intensif di makmal Mary Kay mendapati empat pati tumbuhan, termasuk bahan tumbuhan botani Lactobacillus itu mampu mengurangkan pembentukan enzim yang menyebabkan pertumbuhan melanin. Lalu, ia diekstrak menerusi produk baru Mary Kay iaitu MelaCEP Whitening System.
MelaCEP Whitening System dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu meneutralkan elemen yang boleh menyebabkan nada kulit tidak sekata dan tidak bermaya. Ia bertindak dengan 13 pati bahan botani dan ramuan penghalang matahari.
Produk berkenaan sudah diuji ke atas 400 wanita Asia dan mendapati 91 peratus daripada mereka mendapati kulit lebih berkilau dan lebih elok secara keseluruhan. daripada jumlah itu, kira-kira 88 peratus responden mendapati kulit mereka lebih cerah dengan nada lebih sekata, sementara 78 peratus menunjukkan kesan kejernihan dan pulih kembali.
Beliau berkata, produk kompleks pemutihan itu dikesan memperbaiki kemunculan bintik hitam sehingga 25 peratus. Bermula dengan pembersih wajah Foaming Cleanser berfungsi menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.
“Penyegar Freshner melengkapkan proses membersih malah menjadikan kulit lebih segar dan lembut sebelum menyapu serum Essence yang cepat menyerap bagi membantu mengembalikan kejernihan kulit. Pelembap harian dengan SPF 15 melindungi yang terdedah kepada sinar lembayung (UV) pada siang hari. Mengandungi askorbil glukosida untuk pemutihan.
“Manjakan kulit dengan krim malam sebelum tidur yang dibekalkan dengan ramuan pencerahan. Serum bintik hitam membantu secara mendalam secara langsung kepada bintik hitam. Penggunaan pupur seminggu sekali membantu kulit menjadi lebih cerah dan licin,” katanya
Info tambahan:...PRODUK YG TERJAMIN KUALITINYA,DIUJI SECARA KLINIKAL OLEH DERMATOLOGI2 SEBANYAK 300,000 KALI SETAHUN SEBELUM DIPASARKAN..TELAH BERADA 47TAHUN DIPASARAN & TELAH MELEBARKAN EMPAYARNYA KE 38 PASARAN SELURUH DUNIA, DIRUMUS KHAS UTK KESESUAIAN KULIT ORG ASIA..KENAPA PERLU 'KIMIA' UTK KULIT YG 'CANTIK SEMENTARA',SEDANGKAN ADA PRODUK BERASASKN TUMBUH2AN@BOTANI YG TENTUNYA SELAMAT UNTUK PEMULIHARAAN & RAWATAN KULIT SUPAYA SIHAT DR DALAM DAN TERPANCAR KEJERNIHANNYA DILUAR SEPANJANG HIDUP KITA..?? MARY KAY ADA JAWAPANNYA..
0 comments:
Post a Comment